Harimau Muda kembali?
Skuad Projek FAM-MSN adalah nama pasukan bawah 20 tahun hasil usaha sama di antara FAM dan MSN. Skuad ini seakan-akan skuad Harimau Muda yang pernah wujud sebelum dibubarkan beberapa tahun lalu.
Seramai 30 pelatih dalam kalangan lepasan AMD, produk Piala Belia dan Piala Presiden serta Sekolah Sukan Malaysia dan Negeri serta Pusat Latihan Daerah (PLD) di bawah NFDP akan membentuk skuad perintis itu bermula Januari ini.
Yusri Che Lah telah dipilih untuk membimbing skuad muda ini yang akan bersaing dalam Liga Premier 2021.
Sesi pemilihan pemain telah dirancang bermula 11 Disember, mengikut zon yang telah dikenal pasti seperti berikut:-
AMD Gambang: 11-12 Disember di AMD, Pahang
Zon Pantai Timur: 13-14 Disember di Kuala Terengganu, Terengganu
Zon Selatan: 15-16 Disember di Melaka
Zon Tengah: 18-19 Disember di Bukit Jalil @ Putrajaya
Zon Utara: 21-22 Disember di Alor Setar, Kedah
Pemilihan Akhir: 7-9 Januari 2021 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.
sumber: FAM
0 comments:
Post a Comment