Sah! Sumareh sertai Police Tero FC, Pahang lantik peguam


Pemain naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh sah sertai kelab Thailand, Police Tero FC dan akan memakai jersi nombor 13. Beliau sedang menjalani tempoh kuarantin sebelum dibenarkan menyertai latihan bersama Police Tero FC.

Sementara itu, pasukan Pahang melantik peguam dalam urusan perundangan berkaitan kontrak Sumareh dan PBNP. Ini kerana tindakan Sumareh sudah melanggar syarat kontrak kerana beliau dikatakan masih mempunyai kontrak bersama pasukan Pahang.

Pasukan Pahang mempunyai tempoh 10 hari untuk memprotes perpindahannya ke Police Tero FC membabitkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC).

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter