MIFA kini Petaling Jaya City
Pasukan MIFA yang baru dinaik taraf ke Liga Super 2019 kini akan dikenali sebagai Petaling Jaya City setelah diambil alih oleh sebuah syarikat korporat QI Group.
Petaling Jaya City ditaja oleh QNET, anak syarikat QI Group manakala jersi pasukan ditaja oleh Puma yang berwarna biru muda sama seperti warna jersi pasukan Manchester City. QNET merupakan rakan penaja pasukan Manchester City sejak 2014.
Terdahulu, pasukan MIFA mendapat sokongan FAM untuk naik ke Liga Super 2019 setelah pasukan Felcra dibubarkan atas faktor kewangan.
0 comments:
Post a Comment