Kuantan FA disingkirkan daripada Liga Premier

Malaysia Football League dan FAM telah bermesyuarat dan berbincang mengenai kedudukan pasukan Kuantan FA setelah pasukan tersebut gagal hadir pada perlawanan menentang PDRM yang lepas.

Keputusan telah dibuat iaitu pasukan Kuantan FA telah dibatalkan penyertaannya daripada Liga Malaysia 2018.

Sebelum ini, pasukan Kuantan FA menghadapi masalah pengurusan terutama dari segi pembayaran gaji kepada pemain dan pegawai pasukan sehingga menyebabkan beberapa pemain berhijrah ke pasukan lain.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter