Perlawanan Persahabatan Menentang Macau Dibatalkan

PERLAWANAN ANTARABANGSA "A" MACAU LWN MALAYSIA HARI INI DIBATALKAN

Perlawanan antarabangsa "A" antara Macau bertemu Malaysia di Kompleks Olimpik Macau, Taipa yang sepatutnya berlangsung hari ini telah dibatalkan selepas skuad kebangsaan kendalian Nelo Vingada tidak dapat berlepas ke Macau, Rabu lalu kerana Taufan Hato.

Susulan itu, skuad Vingada kembali menjalani latihan di Melaka dan akan berlepas pula ke Yangon, Myanmar petang esok untuk menghadapi perlawanan antarabangsa "A" bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna YTC pada Selasa, 29 Ogos 2017.

sumber: Facebook FAM

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter