Penamatan kontrak Ashley Westwood sebagai Ketua Jurulatih Pulau Pinang


KENYATAAN MEDIA

Penamatan kontrak Ashley Westwood sebagai Ketua Jurulatih Pulau Pinang

Ekoran perbincangan bersama Ketua Jurulatih pasukan Liga Super Pulau Pinang,Ashley Westwood, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) telah mencapai kata sepakat berhubung perkhidmatan beliau.

Justeru, Westwood bersetuju untuk menamatkan perkhidmatannya serta melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih dengan berkuatkuasa serta merta.

Saya bagi pihak FAP merakamkan penghargaan atas khidmat dan usaha beliau selama berada dengan pasukan Pulau Pinang.

Bagi mengisi kekosongan ini buat sementara, pihak FAP bersetuju untuk melantik Darren Read, Pembantu Ketua Jurulatih, bagi memangku jawatan tersebut.

Sehubungan dengan itu juga, pihak FAP akan mengumumkan pelantikan Ketua Jurulatih yang baharu dalam masa yang terdekat ini.

Zairil Khir Johari

Presiden
Persatuan Bolasepak Pulau Pinang
George Town
19 Mac 2017

sumber: Facebook FA Penang

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter