Mehmet Durokovic ganti Weigang

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) dengan ini mengumumkan bahawa PAFA dan Karl Heinz Weigang telah mencapai keputusan bersama bahawa kontrak Karl Heinz Weigang sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Bolasepak Liga Super Perak The Bos Gaurus ditamatkan berkuatkuasa 22hb. Februari 2017.

Keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan panjang lebar dan setelah meneliti pelbagai aspek dan cadangan.

PAFA sangat menghormati dan menghargai Karl Heinz Weigang yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan yang luar biasa kepada pasukan dan dinobatkan sebagai jurulatih lagenda Pasukan Perak The Bos Gaurus.

PAFA telah melantik Mehmed Durakovic sebagai Ketua Jurulatih yang baru Pasukan Perak The Bos Gaurus berkuatkuasa 22hb. Februari 2017. Keputusan melantik Mehmed Durakovic dibuat setelah PAFA meneliti beberapa calon jurulatih tempatan dan asing.

Mehmed Durakovic yang berasal dari Australia berusia 52 tahun telah dipilih berdasarkan rekod beliau sebagai pemain dan jurulatih. Ketika beliau bersama Pasukan Selangor sebagai pemain dan Ketua Pasukan, beliau telah menjuarai pelbagai kejohanan antaranya Piala Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997, Liga Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997, Piala Sumbangsih pada tahun 1996 dan 1997, Piala FA pada tahun 1995. Beliau juga telah menjuarai Piala Malaysia sebagai Ketua Jurulatih pada tahun 2015 termasuk penyertaan di dalam Piala AFC bersama Pasukan Selangor.

Mehmed Durakovic adalah bekas pemain utama Pasukan Australia yang pernah menyertai pelbagai kejohanan termasuk kempen Piala Dunia 1990 dan 1994 sebagai Ketua Pasukan. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan untuk pelbagai pasukan bolasepak di Australia.

PAFA berharap perlantikan Mehmed Durakovic dapat membentuk pasukan yang berkualiti dengan ilmu, pengalaman, sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk Pasukan Bolasepak Liga Super Perak The Bos Gaurus Musim 2017

DATO’ SERI ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN

Presiden

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan

sumber: peraktbg.com

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter