JDT pecat Mario Gomez
Berita yang sangat mengejutkan menjelang aksi sepak mula Liga Super 2017. Pasukan Johor Darul Ta'zim mengumumkan pemecatan Mario Gomez selaku Ketua Jurulatih. Tempat beliau digantikan oleh Benjamin Mora.
JUTAAN TERIMA KASIH BUAT MARIO GOMEZ DI ATAS SUMBANGAN BELIAU KEPADA JDT SELAMA INI. SELAMAT MAJU JAYA DARIPADA KAMI SELURUH KELUARGA JDT.
Saya ingin membuat satu pengumuman bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan Mario Gomez telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing. Keputusan ini dibuat demi kebaikan kelab kerana falsafah dan matlamat kelab lebih penting dari segala-galanya. Walaubagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada jurulatih legenda JDT diatas sumbangan besar beliau kepada kelab ini sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Kami akan sentiasa mengingati pencapaian beliau yang berjaya membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua kejuaraan liga (2015 dan 2016) dan Piala AFC pada tahun 2015. Selamat maju jaya buat beliau dalam karier kejurulatihan pada masa akan datang.
YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim
sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers
0 comments:
Post a Comment