Info Final Piala Malaysia 2015
Jawatankuasa Pengelolaan Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2015 telah mengadakan satu mesyuarat pada hari Isnin, 7 Disember 2015 di Wisma FAM. Berikut adalah perkara-perkara yang telah diputuskan:
1. Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2015 antara pasukan Selangor dan Kedah akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 12 Disember 2015 dan sepak mula adalah pada jam 9.00 malam.
2. Harga tiket bagi perlawanan tersebut ditetapkan RM40.00 bagi Dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak, termasuk GST.
3. Sejumlah 10,000 tiket akan dijual di atas talian (online) melalui laman tickethotline.com.my. Manakala 30,000 keping tiket diagihkan kepada pasukan Kedah dan 30,000 kepada pasukan Selangor.
4. Pembelian tiket di atas talian (online) boleh dibuat bermula hari Rabu, 9hb Disember dan penebusan tiket ini boleh dilakukan di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari Khamis, 10hb Disember sehingga hari perlawanan (Khamis & Jumaat: 10.00 pagi – 6.00 petang, Sabtu: 10.00 pagi – 8.00 malam). Pasukan Kedah dan Selangor juga akan mula menjual tiket pada hari Khamis, 10hb Disember.
5. Mesyuarat khas keselamatan akan diadakan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada hari Rabu, 9hb Disember, jam 2.30 petang.
sumber: footballmalaysia.com
0 comments:
Post a Comment