TMJ letak jawatan Penasihat FAM

SAYA TIDAK MAHU JADI SEBAHAGIAN DARIPADA ORGANISASI YANG TIDAK ADIL & TIDAK PROFESIONAL - DYAM TMJ

Saya mempunyai satu impian. Satu impian dan idea yang menjadi pegangan saya, dan ianya satu impian dan idea yang saya sanggup berkorban untuk mencapainya.

Satu impian di mana suatu hari nanti badan pentadbir bolasepak Malaysia akan dikendalikan oleh golongan yang berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bolasepak, dan bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik.

Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bolasepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bolasepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri.

Saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bolasepak, permainan yang indah, tiada politik.

Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bolasepak tempatan. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter