Tarikh Baru Suku Akhir 2 antara JDT & Terengganu
FAM telah menetapkan 16 Oktober 2014, Khamis sebagai tarikh perlawanan Suku Akhir 2 Piala Malaysia antara JDT menentang Terengganu.
Masalah ini mula timbul apabila FAM menukar tarikh asal perlawanan daripada 18 Oktober kepada 11 Oktober untuk memberi lebih masa kepada pasukan kebangsaan untuk membuat persediaan sempena kejohanan Piala AFF. Pada asalnya 11 Oktober pasukan kebangsaan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Filipina.
Semoga kes ini memberi pengajaran kepada FAM supaya tidak sewenang-wenangnya menukar tarikh perlawanan tanpa perbincangan dan persetujuan pasukan yang bertanding. Dan diharap para penyokong supaya menghentikan provokasi antara kedua-dua pasukan kerana hanya akan membawa kerugian. Sukan seharusnya menyatukan bukan memecahbelahkan. KITA BERSAUDARA!
0 comments:
Post a Comment