T-Team putar belit fakta - JDT

Mutakhir daripada Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/articles/Tiadakecederaankepadarakan_jurulatih/Article?mutakhir

Tiada kecederaan kepada rakan, jurulatih

JOHOR BAHRU: Pemain T-Team Muhammad Irfan Abdul Ghani mengesahkan tiada rakan sepasukannya mengalami pendarahan hidung seperti yang didakwa selepas insiden di terowong Stadium Larkin pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada insiden terbabit benar-benar berlaku atau sebaliknya.

Jelasnya, keadaan di bilik persalinan pasukannya sejurus tamat separuh masa pertama tidak kelihatan sebarang kecederaan kepada rakan dan juga jurulatih kecergasan pasukannya.

Menurutnya, hanya penolong jurulatih Azlan Johar yang mengarahkan pasukannya tidak meneruskan perlawanan di separuh masa kedua.

"Saya tampil untuk menyatakan kebenaran dan bersediakan untuk berhadapan dengan tindakan daripada T-Team," katanya.

Muhammad Ifran ditemui selepas tampil memberi keterangan mengenai insiden pergaduhan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, tengah hari tadi.



"Insiden di stadium berkenaan telah diputarbelitkan oleh pihak T-Team. Stefano telah menarik kolar baju Jiminez selain terdapat kata-kata kesat yang dilempar kepada jurulatih terbabit. Fakta telah tidak diberikan dengan jelas dan oleh itu En Cesar telah membuat laporan polis menyatakan sebenarnya bahawa beliau yang telah diserang oleh jurulatih kecergasan T-Team dan juga dengan seorang pemain yang pakai jersi nombor 16." - Datuk Baljit Singh Sidhu (peguam JDT)

Adakah konspirasi yang pernah terjadi kepada Peter Butler terjadi pula kepada JDT? Hmmm...

Saya mencadangkan supaya CCTV dipasang di semua stadium terutama di terowong dan parkir kereta untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter