Isu Nazri Ahmad

Pasukan Kelantan telah memperkenalkan barisan pemain mereka semalam dan isu Nazri Ahmad ini timbul apabila beliau dilihat bersama pasukan Kelantan setelah menandatangani kontrak bersama pasukan Selangor.

"Memang Nazri sudah menandatangani kontrak bersama kami beberapa minggu lalu. Kontraknya bermula 1 Disember 2013 dan Sijil Perpindahan Negeri pun sudah kami peroleh dari PBNJ" - Rosman Mohd Ibrahim (Setiausaha Agung FAS)

Dikhabarkan gaji yang diterima di Selangor adalah RM18,000 sebulan manakala Kelantan menawarkan gaji RM25,000 sebulan. Sebagai seorang pemain bola sepak profesional, beliau tidak seharusnya bertindak demikian.

FAS akan melaporkan kes ini kepada FAM dan kita lihat sahajalah apa tindakan yang bakal dikenakan terhadap Nazri Ahmad.

p/s: Bagai anjing dan bayang-bayang

sumber: Berita Harian

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter