Tindakan tatatertib FAM 4/9/2013

Berikut adalah tindakan keputusan tindakan tatatertib FAM pada 4/9/2013:

1. Hafizi Roslee (Pemain pertahanan Kuala Lumpur)
- dijatuhkan hukuman gantung perlawanan selama enam bulan berserta denda RM2,000 kerana ‘tidak menunjukkan semangat kesukanan’
- FAM mendapati beliau melakukan kesalahan itu sewaktu kekalahan kontroversi 0-5 Kuala Lumpur kepada Sime Darby dalam aksi Liga Perdana pada 17 Mei lalu
- mengaku tidak bersalah dengan alasan bahawa dia dicabar pemain lawan pada ketika itu

2. Zamri Ramli (Pemain pertahanan Kelantan)
- dijatuhkan hukuman gantung perlawanan selama dua tahun selepas didapati bersalah mengambil dadah jenis methamphetamine pada aksi akhir Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT), 29 Jun lalu
- dilarang menyertai sebarang aktiviti bola sepak namun mempunyai peluang membuat rayuan
- mengambil kira faktor umur, latar belakang dan aspek keluarga pemain, hukuman dua tahun dikenakan kepada pemain tersebut berbanding hukuman maksimum gantung seumur hidup

3. Johor Darul Takzim
- didenda RM40,000 kerana melakukan kesalahan membabitkan aspek keselamatan stadium ketika perlawanan Liga Super menentang Selangor di Stadium Larkin
- melakukan kesalahan dengan membakar suar dan membaling resit ke dalam padang

Pendapat saya:

1. Hukuman yang dikenakan terlalu ringan. FAM patut memeriksa akaun bank pemain terbabit. Bukan beliau sahaja tetapi kesemua pemain Kuala Lumpur.

2. Hukuman yang dikenakan terlalu ringan. Patut dikenakan hukuman seumur hidup untuk memberi pengajaran kepada pemain lain.

3. Pelik. Tidak sepatutnya wujud. Adakah tindakan penyokong memeriahkan stadium dianggap sebagai membahayakan? Mengapa JDT sahaja yang dikenakan tindakan tetapi tidak kepada pasukan lain?

p/s: Bilakah agaknya FAM akan merdeka?

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter