Kenyataan media PBNJ 11/9/2013

Merujuk kepada laporan akhbar New Straits Times bertajuk “Temptations and Distractions” dan akhbar Kosmo bertajuk “Jangan Ghairah Terima Tawaran Lumayan”, Persatuan Bolasepak Negeri Johor ingin menegaskan bahawa pihak persatuan tidak mengambil sebarang tindakan bagi menggangu tumpuan dan fokus pemain pasukan Harimau Muda.

Sebaliknya, PBNJ memberikan lebih motivasi dan ketenangan fikiran kepada para pemain yang akan menyertai Johor. Ini kerana, tentu sekali pemain ingin menjadi sebahagian daripada organisasi yang tersusun dan telus, serta diuruskan secara profesional oleh kakitangan dan pegawai yang berintegriti. Sebuah persatuan yang menitikberatkan kebajikan para pemain, dengan kedudukan kewangan yang kukuh, dan pembangunan kemahiran dan taktikal daripada staf kejurulatihan bertaraf antarabangsa. Dalam PBNJ, setiap anggota bekerja keras demi kecemerlangan bolasepak Johor, tanpa sebarang unsur politik atau motif tersebunyi yang lain.

Oleh itu, tidak timbul isu menggangu fokus pemain kebangsaan. Tentu sekali pemain yang berkualiti ingin menjadi sebahagian daripada organisasi yang telah merevolusikan bolasepak tanah air, tanpa adanya sebarang unsur paksaan atau tekanan; dan sekiranya anak-anak muda Johor yang berbakat ingin kembali berkhidmat di negeri asal mereka, pintu PBNJ akan sentiasa terbuka.

sumber: Facebook Johor Fan Club

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter