Jurulatih & pemain baru perkuat JDT musim 2014

"As salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua penyokong Johor. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor ingin mengumumkan kepada para penyokong Johor, bahawa langkah-langkah positif telah diambil oleh PBNJ bagi memperkukuhkan lagi pasukan kita untuk musim depan.

Buat masa ini, kami telah membuat keputusan bahawa kami akan mendapatkan khidmat pengurus pasukan yang baru dari Sepanyol. Beliau merupakan seorang pengurus yang berpengalaman, yang pernah menerajui pasukan seperti Valencia dan Atletico Madrid. Saudara Fandi Ahmad akan terus bersama pasukan Johor Darul Takzim sebagai penolong jurulatih.

Pihak pengurusan juga telah mendapat persetujuan daripada lima pemain baru untuk menyarung jersi JDT bagi musim akan datang. Dalam pada itu, kita juga sedang dalam proses rundingan dengan beberapa pemain untuk beraksi dengan pasukan JDT.

Selari dengan prinsip PBNJ yang sentiasa akan membawa nama-nama besar dalam industri bolasepak untuk berkhidmat dengan pasukan Johor, kami semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak bersama Pablo Aimar.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa sumber kewangan PBNJ adalah daripada DYMM Sultan Johor, saya sendiri dan juga rangkaian penaja yang melabur dalam negeri Johor, dan tidak melibatkan wang rakyat. Oleh itu, kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas, adalah lebih baik berdiam diri daripada menjatuhkan maruah diri sendiri."

- DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

sumber: Facebook Johor Fan Club

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter