Shahidan Kassim & Kelantan dikenakan tindakan
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam telah menggantung Datuk Seri Shahidan Kassim dua tahun enam bulan serta denda RM39,000 kerana mengkritik FAM manakala Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) didenda RM62,500 atas empat pertuduhan, yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 15 Januari lalu.
Hukuman ke atas Datuk Seri Shahidan Kassim:
1. Menghina FAM kerana enggan memberi maklum balas surat yang dikemukakan badan induk itu, dan disebabkan itu beliau perlu membayar RM1,000 bagi tuduhan pertama.
2. Didenda RM20,000 kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyalahi Artikel 88.
3. Digantung minimum dua tahun enam bulan beserta RM10,000 atas kesalahan tatatertib Perkara 18.5 dan RM8,000 atas kesalahan bercanggah.
Hukuman ke atas Kafa:
1. Kafa didenda RM20,000 kerana kejadian balingan mercun dalam stadium.
2. Didenda RM 2,500 atas insiden penonton melontar objek ke dalam padang.
3. Didenda RM20,000 atas kesalahan penyokong mereka melontar objek kepada penyokong Johor.
4. Didenda RM20,000 kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan di dalam stadium.
0 comments:
Post a Comment