ATM juara Piala Sumbangsih

Pasukan ATM telah membuktikan kehebatan mereka semalam dengan menjulang Piala Sumbangsih bagi musim 2013 setelah menewaskan Kelantan pada penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu pasukan Kelantan membuka jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-56 sebelum Irwan Fadzli Idrus menyamakan kedudukan pada minit ke-85. ATM menang dalam penentuan sepakan penalti selepas dua pemain Kelantan gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut sekaligus muncul juara dengan kemenangan 4-3. Irwan Fadzli Idrus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Tahniah ATM!



Pemain ATM, Amirizwan Taj Tajuddin bersama Piala Sumbangsih.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter