Nelo Vingada letak jawatan

6.12.17 at 9:34 PM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas merujuk perkara ini kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden FAM telah menerima peletakan jawatan Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

FAM ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas sumbangan dan khidmatnya bersama-sama dua pembantunya, Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa sepanjang mereka mengendalikan skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Mei lalu.

Selamat berjaya buat Vingada untuk kariernya pada masa akan datang.

Untuk makluman semua, dua jurulatih tempatan iaitu Tan Cheng Hoe dan Azmin Azram Abdul Aziz masih kekal dengan jawatan mereka selaku penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol dalam skuad kebangsaan.

Perancangan dan perkembangan terbaharu mengenai skuad kebangsaan bagi menghadapi tahun 2018 akan dimaklumkan oleh FAM atau Tunku Presiden sendiri dalam masa terdekat ini.



Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

sumber: Laman Web FAM

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+