T-Team ke Liga Premier 2018 jadi Terengganu II

21.11.17 at 5:56 PM



Hari ini secara rasminya telah diumumkan bahawa tiada lagi T-Team FC sebagai kelab yang mewakili negeri Terengganu untuk bertanding di Liga Malaysia. T-Team bakal digantikan dengan Terengganu II bagi ditempatkan di Liga Perdana 2018.

Kami dari pihak T-Team dengan penuh rasa hormat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu T-Team sejak awal penubuhan pada 2006 yang asalnya hanyalah sebuah platform untuk mencungkil bakat-bakat bola sepak di negeri Terengganu sehinggalah kini T-Team berjaya menjadi sebuah pasukan yang berjaya bersaing di peringkat tertinggi di Malaysia.

Syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh pasukan T-Team ini berada di liga Malaysia, T-Team telah berjaya melahirkan ramai bintang muda dari Terengganu untuk mewakili pasukan ini dan juga berjaya di luar negeri bersama pasukan yang lebih besar malah berjaya menjadi wakil kepada pasukan negara.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang tidak pernah penat menyokong jatuh bangun pasukan ini selama ini. Kami dari pasukan T-Team tahu dan sedar akan sokongan yang diberikan oleh penyokong-penyokong yang hadir ke stadium untuk menyokong pasukan ini sejak sekian lama.

Kepada semua pemain, pihak kejurulatihan samaada yang masih ada bersama T-Team, dan juga pernah bersama T-Team, kami ucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan dan perjuangan anda bersama pasukan ini selama ini. Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang masih aktif dalam bolasepak.

Akhir kata, corgan kata "Tibang T-Team Tibang" bakal dikenang dan T-Team akan diingati sebagai sebuah pasukan yang kecil tetapi tetap mampu bersaing di persaingan tertinggi di Malaysia.

Semoga berjumpa lagi!

sumber: Instagram T-Team

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+