Pemotongan mata T-Team dan Perlis dikurangkan kepada 3 mata, ATM perlukan penyiasatan lanjut

Pasukan T-Team, Perlis dan ATM telah mengemukakan rayuan mereka kepada Football Malaysia terhadap pemotongan 6 mata liga dan larangan perpindahan pemain semasa jendela kedua.

Setelah diteliti permohonan dari pasukan tersebut, Football Malaysia telah membatalkan larangan perpindahan pemain dan pemotongan mata telah dikurangkan daripada 6 mata kepada 3 mata kepada pasukan T-Team dan Perlis.

Surat Football Malaysia bertarikh 2 Mei 2017 dengan jelas menyatakan bahawa pasukan yang tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan sebelum 15 Mei 2017 akan dikenakan penggantungan perpindahan pemain pada jendela kedua.

Pasukan T-Team dan Perlis telah mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki sebelum tarikh yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pasukan tersebut tidak memenuhi tarikh tutup lanjutan pada 31 Mac 2017 untuk menghantar dokumen, jadi pasukan akan dikenakan denda. Tetapi disebabkan inisiatif mereka untuk menyelesaikan dokumen yang tertangguh, pemotongan mata dikurangkan kepada 3.

Sementara itu rayuan pasukan ATM masih di dalam pertimbangan Football Malaysia yang mana memerlukan penyiasatan lanjut sebelum keputusan akhir dibuat dalam masa terdekat.

Objektif Football Malaysia adalah pematuhan oleh pasukan. Dalam kes ini, pematuhan kepada tarikh akhir untuk menghantar dokumen bagi pendaftaran pasukan.

Football Malaysia berharap pematuhan oleh pasukan akan bertambah baik dan dikekalkan untuk masa akan datang.

sumber: Football Malaysia LLP

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter