Keputusan Mesyuarat FAM 29/4/2014

30.4.14 at 3:15 PM

Keputusan Mesyuarat FAM 29/4/2014

Dalam sidang media yang telah diadakan selepas berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, ahli-ahli jawatankuasa telah menjelaskan tentang beberapa perkara. Antara perkara-antara yang dibincangkan termasuklah:

1. ASEAN All Stars melawan Malaysia, pada 11 Mei 2014 bertempat di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta. Jurulatih yang akan melatih pasukan ASEAN All Stars ialah Datuk K. Rajagobal yang dilantik bagi menggantikan jurulatih dari Thailand (Piyapong Pue-On) . Sebanyak 5 pemain Malaysia telah dipilih untuk bermain bersama pasukan ASEAN ALL Stars antaranya ialah Amri Yahya, Safiq Rahim, Safee Sali, Aidil Zakuan dan Mahali Jasuli.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan telah meminda tarikh perlawanan di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Lions xii daripada 13 Mei 2014 kepada 20 Mei 2014. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

3. Bagi perlawanan Piala Presiden 2014, pihak tuan rumah boleh membuat permohonan pertukaran waktu perlawanan dari 4.45 petang kepada 8.45 malam. Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia akan melantik beberapa pegawai untuk memastikan spesifikasi stadium adalah selamat dan bersesuaian untuk digunakan pada waktu malam.

4. Persatuan Bolasepak Malaysia juga adalah antara badan yang terlibat dan bertanggungjawab bagi perlawanan bolasepak untuk SUKMA 2014 di Perlis pada 23 Mei 2014 ini.

5. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan telah memutuskan bahawa status pemain bernama Baihakki Khaizan telah dibatalkan. Pemain tersebut boleh bermain bersama pasukan Lions XII dengan syarat perjanjian penamatan kontrak bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah ditamatkan secara persetujuan bersama (mutual agreement termination). Peraturan Liga Malaysia telah menetapkan pinjaman pemain tidak dibenarkan semasa musim berlangsung.

6. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan telah memutuskan bahawa penambahan mata diberikan kepada pasukan Terengganu dengan keputusan 3-0 menentang Kelantan disebabkan pada perlawanan bertarikh 29 Mac 2014, di mana pasukan Kelantan telah menurunkan pemain (Mohd Fitrie Omar) yang digantung satu perlawanan kerana mempunyai tiga kad kuning.

7. Pendaftaran pemain Kedah, Namkung Woong yang berasal dari Kelab Gang Won FC, Korea Selatan telah juga telah diluluskan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+