Kenyataan media TMJ mengenai insiden di Stadium Selayang

4.3.14 at 8:58 AM



KENYATAAN MEDIA DYAM TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM
BERTARIKH 3HB MAC 2014

Berkenaan insiden yang berlaku semasa perlawanan Harimau Malaya yang lepas, saya memahami kekecewaan yang dirasai oleh Ultras Malaya, yang hanya mahu melihat perubahan positif dalam bolasepak Malaysia. Namun begitu bom asap dan suar tidak sepatutnya digunakan dalam sebarang perlawanan, untuk sebarang tujuan sekalipun.

Para penyokong bolasepak negara mahukan integriti dan ketelusan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). FAM seringkali menyatakan, sebarang aduan hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul. Namun segala permasalahan yang diajukan melalui saluran yang sepatutnya tidak menunjukkan sebarang hasil yang positif dalam beberapa tahun. Mungkin inilah sebabnya Ultras Malaya meluahkan rasa marah dan kecewa mereka secara sedemikian.

Saya berharap FAM akan mengambil pengajaran yang positif daripada insiden ini, dan mendengar luahan dan suara penyokong bolasepak tanah air. FAM harus tahu membezakan ultras dan hooligan dan daripada melabelkan Ultras Malaya sebagai hooligan di mana selama ini merekalah pemangkin semangat pasukan dalam setiap perlawanan, kita juga mesti melihat mereka sebagai penyokong bolasepak yang mahukan sebuah badan pentadbir sukan bolasepak yang jujur dan telus, yang diuruskan oleh mereka yang berintegriti tinggi dan bukan untuk kepentingan peribadi.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+