Kelayakan Piala Asia 2015: Yaman mln Malaysia

5.3.14 at 10:00 PM

FT: Yaman 1-2 Malaysia
(M. Al-Sarori 60' - Amri Yahyah 16', Fakri Saarani 77')

Kesebelasan utama:
Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Aidil Zafuan, Amiridzwan Taj, Zubir Azmi, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Hafiz Kamal, Nazrin Nawi, Bobby Gonzales, Safee Sali

Separuh masa pertama:
10' - Amiridzwan Taj dilayangkan kad merah. Yaman dihadiahkan penalti.
11' - Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti Yaman.
13' - Safiq Rahim dikeluarkan. Fadhli Shas dimasukkan.
16' - Gol. Bola muntah penjaga gol Yaman daripada sepakan percuma Hafiz Kamal ditanduk masuk oleh Amri Yahyah.
32' - Kesilapan Aidil Zafuan nyaris menghadiahkan gol kepada Yaman. Khairul Fahmi cekap menyelamatkan keadaan.
43' - Bobby Gonzales dikeluarkan. Fakri Saarani dimasukkan.
45' - 2 minit masa tambahan.
47' - Tamat separuh masa pertama. Malaysia mendahului 1-0 hasil jaringan Amri Yahyah.

Separuh masa kedua:
51' - Safee Sali dikeluarkan. Baddrol Bakhtiar dimasukkan.
54' - Nazrin Nawi dilayangkan kad kuning.
60' - Gol. M. Al-Sarori menjaringkan gol buat Yaman.
64' - Sepakan percuma Yaman diselamatkan Khairul Fahmi.
77' - Gol. Fakri Saarani menjaringkan gol hasil hantaran Nazrin Nawi.
86' - Hafiz Kamal dilayangkan kad kuning.
90' - Aidil Zafuan diusung keluar akibat kecederaan. 4 minit masa tambahan.
91' - Nazrin Nawi pula diusung keluar akibat kecederaan.
92' - Fakri Saarani dilayangkan kad kuning.
94' - Baddrol Bakhtiar dilayangkan kad kuning.
97' - Tamat perlawanan. Tahniah Harimau Malaya.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+