Kisah di sebalik pembatalan perlawanan Piala FA antara JDT & T-Team

2.2.14 at 8:44 AM

Versi JDT

Fakta sebenar insiden perlawanan Piala FA antara JDT lwn T-Team

Pihak PBNJ melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Pengadil Perlawanan pada malam ini di mana perlawanan tersebut di atas telah ditangguhkan dengan tiada keputusan yang saksama.

1. Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo, Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Ferrando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan.

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan.

Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

sumber: Laman Web Johor Southern Tigers


Versi T-Team

Perkara sebenar Berlaku Di Larkin:

Pemain Import T-Team FC, Evaldo Goncalves ditumbuk di bahagian muka dan menyebabkan pendarahan pada hidung dan Jurulatih Kecergasan T-Team FC Stefano, disepak pada bahagian kemaluan oleh Pengurusan Tertinggi JDT semasa menuju ke bilik persalinan.

sumber: Facebook T-Team FC

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+