Amaran keras kepada penyokong Johor

5.1.14 at 3:52 PM

Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah mengambil langkah untuk meningkatkan bilangan anggota polis dan keselamatan yang bertugas di stadium pada setiap perlawanan. Mereka yang didapati membawa suar masuk ke dalam stadium akan ditahan serta-merta dan disenarai hitam secara kekal daripada memasuki Stadium Larkin.

Terdahulu, Presiden PBNJ menegur dengan keras kepada penyokong yang masih membakar suar di stadium.

Kepada para penyokong yang masih tak faham bahasa, lebih baik duduk sahaja di rumah. Orang yang sayangkan pasukan Johor tidak akan bertindak merugikan duit Persatuan Bola Sepak Negeri Johor. Satu hari nanti sekiranya persatuan menghadapi masalah kewangan oleh kerana terlalu kerap membayar denda, pada masa itu jangan pula merungut pihak persatuan tidak berbelanja untuk membentuk pasukan yang mantap, hanya jadi pasukan belasahan seperti dahulu. Berani bakar, berani tangggung. PBNJ telah membuat pelaburan yang besar untuk membina pasukan yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Johor, tetapi ada segelintar yang kurang arif dan tak berfikir panjang melakukan tindakan yang boleh membazirkan duit persatuan. Jikalau persatuan dikenakan tindakan atas perbuatan penyokong Johor membakar suar, saya akan meletakkan jawatan. Ini kerana saya alah kepada orang yang tidak masuk berfikir panjang melakukan tindakan yang boleh membazirkan duit persatuan. Ini kerana saya alah kepada orang yang tidak masuk ajar. Terima kasih.

- DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,

Tunku Mahkota Johor

sumber: Laman Web Johor Southern Tigers

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+