Nazri Ahmad tidak akan terlepas

28.11.13 at 3:17 PM

Borang Sijil Perpindahan Negeri yang telah ditandatangani oleh Muhamad Nazri Ahmad untuk membuktikan dia sudah bersetuju menyertai Selangor dari Johor Darul Ta'zim.

Saya ada bukti di tangan, yang mana kontrak perjanjian yang ditandatangani oleh pemain Nazri. Kita boleh tahu siapa yang tipu siapa. Saya tidak tahu jika ada sesetengah pihak mendakwa Nazri hanya bersetuju secara lisan untuk menyertai Selangor tetapi secara realitinya, dia telah mengikat kontrak dengan FAS. Kita tidak mahu lagi imej dan kredibiliti persatuan negeri ini tercalar sebagaimana FAS pernah berdepan situasi yang sama ketika cubaan mendapatkan khidmat Safee. Bezanya dengan kes Nazri, Safee sekadar bersetuju menerusi perjanjian lisan untuk menyertai Selangor dan kes itu selesai sejurus pihak Johor DT bersetuju membayar semula pampasan kepada FAS. Namun, untuk kes terbaru ini kami memiliki bukti iaitu perjanjian kontrak itu telah pun ditandatangani Nazri.
- Datuk Mokhtar Ahmad, Timbalan Presiden FAS

Makin panas kes Nazri Ahmad ini.

sumber: Utusan Malaysia

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+