Kontrak Datuk K. Rajagobal ditamatkan

24.11.13 at 3:15 PM





Mesyuarat Exco FAM sebentar tadi memutuskan untuk tidak menyambung kontrak jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal yang berakhir 31 Disember 2013. Tempat beliau akan disandang sementara oleh jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.



Selain itu, FAM membenarkan 4 pemain import untuk musim 2014 dengan syarat seorang pemain import mesti berasal dari Asia di mana hanya 3 pemain import boleh bermain dalam satu masa dan satu simpanan.



Perlawanan Piala Sumbangsih 2014 antara Pahang dan LionsXII akan berlangsung di Stadium Darul Makmur kerana Stadium Shah Alam ditutup untuk kerja-kerja naik taraf.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+