Final Piala Malaysia: Kelantan mln Pahang

3.11.13 at 7:51 PM



FT: Kelantan 0-1 Pahang
(Matias Conti 59')

Separuh masa pertama:
01' - Perlawanan bermula.
14' - Pahang menerima sepakan percuma di luar kotak penalti. Sepakan leret Hafiz Kamal gagal melepasi benteng pertahanan.
19' - Sepakan percuma Indra Putra yang padu cukup merbahaya.
25' - Damion Stewart menerima kad kuning kerana mengasari Dickson Nwakaeme di luar kotak penalti. Kelantan dihadiahkan sepakan percuma yang dilakukan oleh Badhri Radzi tetapi terkena benteng pertahanan.
27' - R. Surendran hampir menjaringkan gol tetapi palang gol menafikannya.
35' - Penjaga gol Pahang menyelamatkan cubaan Nor Farhan.
45' - Penjaga gol Pahang mengalami kecederaan. Masa tambahan 2 minit.
45+3' - Tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua:
46' - Separuh masa kedua bermula. Fauzi Roslan menggantikan R. Surendran.
47' - Para pemain Pahang gagal memanfaatkan peluang kucar kacir di kotak penalti.
50' - Zairo diberikan amaran setelah mengasari Hafiz Kamal.
59' - Gol hasil tandukan cantik Matias Conti hasil hantaran Azamuddin Akil.
60' - Fakri Saarani menggantikan Zairo Anuar.
63' - Shahrizan Salleh dilayangkan kad kuning.
67' - Half-volley Fakri Saarani tersasar jauh.
70' - Damion Stewart mengalami kecederaan.
74' - Jalaluddin Jaafar menerima kad kuning.
83' - Saifulnizam Miswan menggantikan Jalaluddin Jaafar, Faiz Subri menggantikan Badhri Radzi.
85' - Tandukan Fakri Saarani diselamatkan penjaga gol Pahang.
86' - Dickson Nwakaeme dilayangkan kad kuning.
90' - Faizol Hussain menggantikan R. Gopinathan. 3 minit masa kecederaan.
90+2' - Penjaga gol Pahang menepis keluar cubaan Nor Farhan.
90+5' - Tamat perlawanan. Pahang Juara Piala Malaysia. Tahniah!

Azamuddin Akil dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

video kredit: YouTube EPLsoker & RTM

Download Android App Liga Malaysia 2013

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+