Kenyataan media PBNJ mengenai isu Fandi Ahmad

3.8.13 at 7:25 AM

Persatuan Bolasepak Negeri Johor ingin mengumumkan bahawa saudara Fandi Ahmad masih berkhidmat sebagai pegawai dalam PBNJ. Buat masa kini, Fandi berkhidmat sebagai pengurus pasukan Johor Darul Takzim.

Perkembangan ini bukan berpunca daripada kedudukan pasukan JDT musim ini, yang boleh dikatakan membanggakan, memandangkan ianya tahun pertama penyertaan pasukan JDT dalam arena bolasepak Malaysia di peringkat tertinggi, mara ke peringkat akhir Piala FA dan muncul tempat ketiga dalam saingan Liga Super. PBNJ mengambil langkah melantik Cesar Ferrndo sebagai pengurus pasukan dan ketua jurulatih yang baru bertujuan untuk memperkenalkan pendekatan teknikal yang berbeza dan memupuk perubahan mentaliti positif dan meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pemain.

PBNJ juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan terhadap segala sumbangan dan usaha saudara Fandi Ahmad bagi meningkatkan mutu bolasepak Johor. Buat masa ini, Fandi masih lagi bertanggungjawab selaku pengurus pasukan JDT. Dengan kehadiran Cesar Ferrando, saudara Fandi akan terus berkhidmat dengan PBNJ sebagai Ketua Pembangunan dan Jururunding Pasukan.

PBNJ juga ingin mengingatkan pihak media supaya sentiasa bertanggungjawab dalam membuat laporan dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebrkan khabar angin daripada sumber-sumber yang diragui. Spekulasi berkenaan Fandi Ahmad baru-baru ini adalah tidak berasas sama sekali dan PBNJ berasa amat dukacita dengan perkara tersebut. Pihak media boleh merujuk kepada PBNJ untuk sebarang makluman, atau apabila tiba masanya, pihak PBNJ akan membuat pengumuman rasmi kepada pihak media.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+