Pahang & Johor Darul Takzim terima hukuman

30.5.13 at 8:34 AM

Pahang & Johor Darul Takzim masing-masing telah dikenakan hukuman akibat insiden semasa perlawanan Separuh Akhir 2 Piala FA di Stadium Darul Makmur.

Empat kesalahan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang:
1. Gagal menyediakan tahap keselamatan di stadium
2. Menjadi punca perlawanan tertangguh
3. Gagal mengawal penyokong sehingga mereka masuk ke kawasan trek
4. Ketika pengumuman pembatalan perlawanan, penyokong mereka meluru ke arah penyokong Johor Darul Takzim

PBNP dikenakan denda maksimum RM100,000. Selain itu, semua kos perjalanan dan penginapan Johor Darul Takzim ketika perlawanan Sabtu ini akan ditanggung oleh Pahang termasuk penginapan dua malam di hotel dan makanan.

Dua kesalahan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor:
1. Pemain Johor Darul Takzim meninggalkan stadium pada jam 9.50 malam sebelum 90 minit masa menunggu
2. Penyokong masuk ke kawasan trek

PBNJ didenda RM20,000.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+