Kenyataan rasmi FAM mengenai isu Datuk K. Rajagobal

1.4.13 at 3:37 PM



PENJELASAN TENTANG WUJUD KONSPIRASI DALAMAN FAM

Kenyataan kononnya wujud konspirasi dalaman FAM untuk mengugurkan Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan YBhg Datuk K.Rajagobal. Dengan ini FAM ingin menjelaskan Laporan beberapa media tempatan berhubung perkara ini.

Di dalam wawancara minggu lalu yang dihadiri oleh 3 orang wartawan dari akhbar berbahasa Inggeris, Setiausaha Agung FAM di ajukan soalan samada wujudnya konspirasi dalaman FAM untuk menggugurkan YBhg Datuk K.Rajagobal. Jawapan spontan Setiausaha Agung adalah didalam semua isu segala kemungkinan tidak boleh di ketepikan. Dukacitanya jawapan ini dipetik sebagai kenyataan utama yang di siarkan didalam akhbar.

Sehubungan dengan itu FAM ingin memperjelaskan bahawa kenyataan Setiausaha Agung itu disalah ertikan. Dengan ini FAM ingin menyatakan bahawa TIDAK ada sebarang konspirasi dalaman sebagaimana yang dilaporkan.

Sekian.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+