Kenyataan FAM mengenai TMJ

8.4.13 at 6:55 PM



KENYATAAN MEDIA

Sejak kebelakangan ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati bahawa banyak laporan-laporan di media tempatan yang membawa andaian-andaian yang tidak berasas mengenai isu-isu tertentu dalam bolasepak tempatan.

Malahan didapati hanya segelintir akhbar yang sama sering membuat laporan yang berbentuk spekulatif ini. Laporan-laporan yang sedemikian menimbulkan suasana yang tidak sihat dalam bolasepak negara.

FAM ingin memaklumkan kepada semua media supaya berhati-hati apabila membuat laporan mengenai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) DYAM Tunku Mahkota Johor, yang mana semua laporan mengenai Baginda perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Istana Johor.

FAM menerima arahan ini dari Istana Johor hari ini.

Kerjasama dari pihak Media dalam hal ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+