Johor Darul Takzim mungkin didenda?

4.3.13 at 12:24 PM

"Peruntukan peraturan sudah ada dan tambahan pula dengan siaran langsung, insiden sebegini boleh mengundang tindakan daripada jawatankuasa tatatertib. Mereka perlu mengambil iktibar daripada negeri lain yang sudah didenda FAM," - Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM

Begitulah kata-kata daripada Setiausaha Agung FAM berikutan insiden penyokong tuan rumah membakar mercun dan menyalakan suar yang menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan kira-kira lima minit. Insiden tersebut berlaku selepas pasukan Johor Darul Takzim menyamakan kedudukan ketika menentang Negeri Sembilan.

Pada pendapat saya, perlu ada kamera khas yang menangkap gambar dan merakam video penyokong yang sengaja membuat kekecohan di stadium. Penyokong yang didapati bersalah patut didenda dan digantung daripada memasuki stadium mungkin selama setahun untuk memberi pengajaran kepada yang lain. Hukuman berat kepada tuan rumah bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

Sebelum ini, pasukan Kelantan dan Terengganu telah didenda akibat salah laku penyokong mereka.

sumber: Berita Harian

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+