Terengganu didenda RM50 ribu

28.2.13 at 10:39 PM

FAM hari ini telah mengenakan denda sebanyak RM50,000 terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di atas kesalahan penyokong mereka ketika pertembungan dengan Selangor pada 15 Januari lalu.

Hukuman ke atas PBSNT:
1. Denda RM10,000 membabitkan kelakuan penyokong Terengganu atas tindakan segelintir penyokong tuan rumah yang membaling mercun dan objek ke dalam padang di penghujung perlawanan.
2. Denda RM20,000 berikutan tindakan penyokong membaling serpihan konkrit ke atas penjaga garisan pada masa tambahan di separuh masa kedua.
3. Denda RM20,000 melibatkan kegagalan tuan rumah untuk memastikan aspek keselamatan stadium.

sumber: Sinar Harian

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

Facebook

Twitter

Google+